Posted on Leave a comment

VIRAL ANAK MUDA BERJIWA MALAYSIA

Corak batik & bunga kebangsaan Malaysia menjadi pilihan beliau ketika berentap bersama-sama dalam pertandingan International Samurai Spray Competition di Pasir Gudang, Johor , baru-baru ini.

Mohamad Azizul Ismail, 31, dari Bagan Serai , beliau dan rakannya, Mohamad Alwi Ismail, 30, dari Taiping, melalui dua peringkat saringan iaitu peringak zon dan wilayah sebelum terpilih mewakili Malaysia ke Surabaya, Indonesia.

Menurut beliau, hasil seni corak batik bersama rakannya yang dipelajari ketika menuntut di Institut Kraf Negara dalam jurusan Diploma Senikraf Batik pada 2010, menjadikan karya mereka lain dari lain sekali gus menarik perhatian juri.

Mohammad Azizul yang juga seorang jurufoto perkahwinan berazam untuk menerapkan unsur batik dan bendera kebangsaan pada pertandingan di Indonesia nanti.

“Warna atau bendera kebangsaan tetap menjadi pilihan saya dan kali ini saya akan cuba menggabungkan beberapa elemen lain seperti burung enggang, bunga raya atau bangunan berkembar KLCC yang boleh melihatkan Malaysia di dalam karya kami nanti,” katanya.

berita penuh di : http://www.gempak.com/artikel/23886/hanya-guna-marker-pen-dan-cat-tin-tetapi-hasilnya-cukup-menakjubkan

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *